Pelan ni dibuka oleh Prudential . Anda bayar selama 5 tahun, anda dapat pulangan selama 20 tahun.
Pertama sekali, tentukan berapakah jumlah wang yang anda inginkan selepas tempoh polisi tamat. RM20,000? RM50,000? RM100,000? Atau mungkin RM9,999,999? Anda tentukannya berdasarkan kemampuan anda menyimpan dalam sebulan. Jumlah ini akan dibayar oleh Prudential selepas polisi anda matang (pilihan tempoh matang diantara 15, 20, 25, 30, 35 atau 40 tahun).
Katakan setelah anda menghitung kemampuan anda menyimpan, anda memilih RM20,000 sebagai jumlah wang yang anda inginkan setelah tempoh polisi matang (anda memilih 20 tahun untuk polisi matang). Jumlah RM20,000 ini memerlukan anda membayar RM656.41 sebulan selama 5 tahun. Jadi premium yang anda bayar ialah RM656.41 x 12 bulan x 5 tahun.
= RM39,384.60
Dah bayar RM39,384.60 selama 5 tahun, apa yang anda dapat?
Setelah genap polisi untuk tahun pertama, Prudential akan membayar Survival Benefit sebanyak RM600 iaitu 3% daripada RM20,000 yang anda pilih pada permulaan polisi dahulu. 3% x RM20,000 = RM600. Jumlah Survival Benefit RM600 tersebut akan terus dibayar dari tahun pertama hingga tahun ke-5. Jadi anda akan memperolehi, RM600 x 5 tahun
= RM3000
Dari tahun ke-6 hingga tahun ke-20, Prudential akan menggandakan Survival Benefit 3% yang anda perolehi sebelum ini kepada 6%. Inilah double reward yang dimaksudkan! Jadi, anda akan memperolehi Survival Benefit sebanyak RM1200 setiap tahun dari tahun ke-6 hingga tahun ke-20. RM1200 x 15 tahun
= RM18,000
Setelah polisi matang di akhir tahun ke-20, wang RM20,000 yang sebelum ini dipilih akan digandakan kepada RM40,000. Berganda-ganda pulangan yang anda perolehi!
Jadi mari kita rumuskan pulangan yang akan anda perolehi:
RM3,000 (Survival Benefit tahun 1-5)
+
RM18,000 (Survival Benefit tahun 6-20)
+
RM40,000 (Sum assured yg digandakan)
=
RM61,000
Amount RM61,000 ini merupakan amount yang DIJAMIN Prudential sebagai pulangan kepada pelaburan anda. So brapa anda untung setakat ni? RM61,000 minus (-) RM39,384.60 = RM21,615.40.
Tapi..... Bukan ini sahaja yang anda perolehi. Ada lagi manfaat lain yang akan anda perolehi seperti:
1. Compound Reversionary Bonus - Bonus ini adalah berdasarkan prestasi syarikat. Dengan andaian dana penyertaan memperolehi 7% setiap tahun dan pencapaian operasi semasa Syarikat berterusan, anda akan menerima bonus sebanyak RM11,398 (tidak dijamin).
2. PRUlegacy - Membolehkan penama anda memperolehi manfaat Survival Benefit yang sepatutnya perolehi anda sekiranya anda meninggal dunia dalam tempoh polisi.
3. PRUwaiver - Jika berlaku kematian, kehilangan upaya menyeluruh atau anda didiagnosis mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, premium yang sepatutnya dibayar anda akan menjadi PERCUMA. Katakan anda telah membayar selama setahun dan selepas setahun doktor mengesahkan anda mengidap barah. Jadi, anda tidak perlu lagi untuk membayar premium untuk tahun ke-2 hingga ke-5 namun manfaat yang disebutkan diatas masih akan diperolehi anda. Manarik bukan?
0 comments:
Post a Comment