0 Takafulink

PRUBSN LINK SERIES


Pelan Takafulink Prudentian BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip - prinsip Syariah. Ia dirangka dengam matlamat untuk menangani keadaan - keadaan yang tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hidup anda sepenuhnya.




PruBsn Firstlink

PruBSN FirstLink adalah satu pelan sambungan berkala berkaitan-pelaburan yang memberi anda kebebasan untuk mengubahsuai pelan anda bagi memenuhi keperluan gaya hidup anda pada setiap peringkat kehidupan anda.  Pelan ini juga  meraikan pencapaian dalam kehidupan anda melalui ciri uniknya, Bonus AchieveFirst.




PruBSN FirstLink adalah sesuai jika anda berumur di antara 19-25 tahun.  Dengan sumbangan minimum berjumlah RM 100 sebulan, anda boleh memilih supaya pelan anda matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun.


 

PruBSN SmartLink
Pelan Bijak untuk Masa Hadapan Anak Anda

PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda.  Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.


Dengan sumbangan minimum berjumlah RM 50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 - 18 tahun.  PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.

Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak di dalam kandungan jika anda hamil lebih dari 20 minggu.  Sila rujuk kepada risalah PruBSN SMartLink ( Manfaat Kehamilan & Bayi ) untuk maklumat lanjut.



PruBSN TakafulLink
Satukan Matlamat Kewangan anda untuk Kebebasan Kewangan Sepenuhnya.

PruBSN TakafulLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun.  Dengan pelbagai manfaat tambahan yang disediakan,anda dapat memiliki pelan takaful komprehensif yang dapat membantu anda menguruskan keperluan anda yang berubah-ubah.

PruBSN TakafulLink adalah untuk anda jika anda berumur di antara 26  dan 70 tahun.



Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takaful Series berserta dengan penerangan ringkas.
  
  -Kematian
•Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
•Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

  - Lumpuh Kekal Keseluruhan
•Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
•Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
•Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

  - Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
•Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
•Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
•Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
•Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
•Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
•Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis  penyakit kritikal)
•Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
•Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
•Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
•Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
•Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
•Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
•Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
•Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
•Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.

- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
•Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
•1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

- Kad Perubatan (Medical Card)

•Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
•Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
•Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
•Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

- Medical Cover

•Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
•Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
•Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
•Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
•Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
•1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
•Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
•Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun

- Pulangan Pelaburan
•Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
•Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
•Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
•Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
•Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
•Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
•Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
•Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
•Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
•Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
•Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
•Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
- Khairat Kematian
•Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.
- Premium Percuma (Contributor Benefit)
•Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
•Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

0 comments:

Post a Comment

 

PRUDENTIAL + PRUBSN TAKAFUL Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates