0 Prubsn Ummah



PRUBSN UMMAH

Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini.  kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi.  Dalam usaha  mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membanu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama.  Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Haji Badal,Manfaat Takaful Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.

Apa yang anda perlu tahu tentang PruBSN Ummah.

Apakah itu PruBSN Ummah?

PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful Keluarga yang direka untuk membantu memenuhi keperluan rohaniah umat islam selain keperluan duniawi.  Pelan ini menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda.  Ia juga memberi bonus kerana menjadi pelanggan setia.

Bagaimanakah PruBSN Ummah boleh membantu anda disamping simpanan Tabung Haji anda?

PruBSN Ummah bukanlah pengganti bagi akaun Tabung Haji anda. Ia merupakan pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?

Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 1- 60 tahun yang mahukan satu pelan yang bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama.

Bilakah bonus loyalti dibayar?

Bonus loyalti akan dibayar sebagai peratus sumbangan anda apabila anda:
  • Menunaikan Haji (sebagai Ealaun Haji), atau
  • Hidup sehingga keakhir tempoh pelan ini,atau
  • Disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,atau
  • Meninggal dunia.
Lagi lama tempoh takaful,lagi tinggi bonus yang anda terima. Selain itu,bonus loyalti anda akan terus meningkat walaupun anda telah menggunakannya sebagai Elaun Haji selagi anda terus membayar sumbangan anda.  Bonus loyalti tersebut akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di atas.

Bagaimanakan saya mengatur Haji Badal?

Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum sempat menunaikan Haji,kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Haji Badal ditunaikan bagi pihak anda.  Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda ( sebaiknya waris yang terdekat berumur 18 tahun dan ke atas) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Haji Badal bagi pihak anda.

0 comments:

Post a Comment

 

PRUDENTIAL + PRUBSN TAKAFUL Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates