Tuesday, 6 November 2012

1 MELAYU KURANG MILIKI INSURAN







Menganggap premium sebagai satu beban, menyebabkan ramai di antara masyarakat di negara ini masih memandang ringan terhadap kepentingan memiliki insurans.

Di sebalik kekeliruan tersebut, hakikatnya insurans amat penting dalam membantu seseorang yang dalam kesusahan terutama di saat-saat kudratnya tidak mampu lagi digunakan bagi mencari wang.

Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd. Noorizzuddin Nooh berkata, kesedaran mengenai kepentingan insurans masih lagi rendah di kalangan masyarakat terutama kaum Melayu. “Ia berbeza dengan kaum lain yang telah melihat kepentingan insurans sejak 10 tahun lalu apabila mengetahui peranannya dalam memberi bantuan jika sebarang masalah berlaku,” jelasnya.

Namun begitu, kata beliau, jumlahnya kini semakin lama semakin bertambah kerana perasaan takut yang digembar-gemburkan oleh sesetengah ejen bagi tujuan menjual insurans. Malah menurut Mohd. Noorizzuddin, usaha yang dilakukan oleh ejen-ejen insurans seperti menceritakan sesuatu musibah penyakit atau kemalangan yang mungkin dihadapi oleh seseorang bagi menggalakkan mereka membeli insurans ketika ini juga masih kurang berjaya.

“Sering kali yang berlaku ialah ia mewujudkan ketakutan dan bukannya kesedaran yang timbul dalam masyarakat bagi merancang kewangan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini,” katanya. Ketika ini, terdapat pelbagai insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans seperti insurans peribadi, insurans kemalangan sama ada secara konvensional atau takaful di pasaran.

Hakikatnya, wujud tanggapan berbeza terhadap ejen insurans di Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia. “Ejen insurans di AS sering dianggap sebagai penyelamat kerana mereka membawa cek kepada pemegang insurans ketika sakit, kemalangan atau berlaku kematian.

“Namun di Malaysia, ejen insurans dianggap sebagai jurujual yang menjadi mimpi ngeri seolah-olah menggangu hidup mereka tanpa menyedari kepentingan insurans itu,” katanya. Menurut Mohd. Noorizzuddin, perkara itu berlaku disebabkan kerana kurangnya pendidikan pengurusan kewangan yang berkesan. “Jika kesedaran telah muncul sebelum berkeluarga, mungkin kini seseorang itu tidak perlu membayar premium tinggi akibat pelaburan dalam insurans semasa bujangnya,” katanya.

Berkenaan cadangan kerajaan mewajibkan insurans di kalangan semua rakyat di negara ini seperti syarat memiliki kenderaan sebagai menjamin keperluan insurans tersebut, katanya: “Ia adalah pekara sukar, bukan semua orang mampu memiliki insurans.

“Namun bagi yang mampu, insurans bukan hanya satu pelaburan kesihatan dan perubatan sahaja, namun ia adalah satu perancangan kewangan jangka panjang yang bijak,” jelas beliau. Jalan terbaik kata Noorizzuddin, ialah mencadangkan agar pendidikan mengenai kewangan ini diajar di peringkat sekolah lagi.

 

Sumber: Utusan Malaysia, Selasa 20 September 2011.

Sunday, 4 November 2012

0 TENTANG PRUBSN


Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) adalah hasil usahasama 2 syarikat gergasi iaitu Prudential Plc (Prudential) dan Bank Simpanan National (BSN). Ianya diberikan lesen Takaful oleh Bank Negara Malaysia pada 08.08.2006, dilancarkan oleh Tetamu Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Malaysia. Pemegang saham PBTB, BSN dan Prudential masing-masing memegang kepentingan 51 peratus dan 49 peratus dalam syarikat usaha sama tersebut.PruBSN mempunyai modal berbayar RM100 juta dan modal dibenarkan RM500 juta.

Syarikat usaha sama baru ini menawarkan rangkaian produk tabungan perlindungan dan pelaburan yang dirangka untuk memenuhi keperluan unik Bumiputera, yang merangkumi 60% daripada penduduk Malaysia. PBTB ialah syarikat Takaful pertama di Malaysia yang yang mengeluarkan produk Takaful/Insuran Kesihatan, ‘Medical Card‘ yang berlandaskan Syariah yang kini pilihan utama rakyat Malaysia, bumiputera khususnya. Medical Card adalah Kad Perubatan panel hospital swasta yang membantu membiayai kos rawatan peserta di hospital tersebut.

Kedua-dua rakan kongsi ini adalah jenama yang dipercayai. Prudential membawa keupayaan global yang kukuh dan pengalaman yang luas dalam bidang insurans – iaitu hampir 160 tahun di Eropah dan lebih 80 tahun di Malaysia – ke dalam perkongsian ini. BSN pula adalah sebuah institusi kewangan yang terkemuka dan dihormati di negara ini. PBTB juga akan memanfaatkan kepakaran pembangunan produk antarabangsa Prudential, yang merupakan pemimpin dalam pasaran insurans berkaitan pelaburan. Di samping itu, kami memiliki produk penyakit kritikal dan perubatan yang kami percaya amat menarik bagi pelanggan takaful. Usaha sama baru ini juga akan memanfaatkan tenaga agensi Prudential berjumlah 7,000 orang dan juga rangkaian 387 cawangan BSN.

1 CARA UNTUK CLAIM



Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai claim.

Berikut antara cara-cara membuat claim dan beberapa contoh claim untuk rujukan anda.

1- Claim Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN (Takaful Health) ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful...


2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.


3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan PruBsn seluruh negara.


4- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.


5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya. Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.


6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.


7- Tempoh Tuntutan
Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.


0 MENGAPA TAKAFUL???

Mengapa anda perlukan insuran?
 
Masyarakat kadang kala bertanya kepada saya - Mengapa mereka perlukan insuran, sedangkan kehidupan mereka sudah selesa? Mereka memiliki pekerjaan atau perniagaan yang sudah mampu untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarga dan usia mereka juga masih muda.
Dalam erti kata lain,mereka tidak yakin dgn konsep insurans, sedangkan kesihatan mereka masih baik dan mereka belum mahu mati lagi.Kini, masyarakat sudah lama yakin dgn konsep insurans
Pertama, ingin saya jelaskan disini, insurans hayat bukan insurans kematian. Membeli insurans bukan bermakna anda merancang utk mati tidak lama lagi!Sebaliknya,membeli insurans itu bertujuan utk anda melindungi kewangan keluarga anda, dari kerugian kewangan yg berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan,lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia. Bukan mati sahaja.

Kedua, saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans tersebut. Seperti pernah saya jelaskan sebelum ini, insurans itu hanyalah satu 'alat' untuk anda melindungi kewangan anda. Konsep insurans sedia-ada adalah utk membantu anda menjamin sumber kewangan yg berterusan dan menutup kerugian kewangan yg berlaku di dalam kehidupan anda.

Anda mungkin tidak sedar bahawa, anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans ini. Anda juga tidak sedar, selama ini, pekerjaan anda atau perniagaan andalah yg merupakan 'insurans' kepada kehidupan anda. Bagi menjamin sumber kewangan yg berterusan, atau memenuhi keperluan kewangan yg timbul secara mendadak, anda bergantung kepada pekerjaan atau perniagaan yg anda lakukan sekarang.

Sama ada anda terpaksa bangun awal pagi, meredah kesesakan lalulintas atau kerja 'overtime' hingga lewat malam, anda lakukan ini semua kerana pekerjaan atau perniagaan anda itu, adalah satu 'insurans' bagi anda menjamin sumber kewangan anda.
Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda selama ini, sebenarnya sudah pun yakin dgn konsep insurans.
Cuma persoalannya sekarang:-
1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?
2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya utk bekerja/berniaga?

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans-utk memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!
Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dgn memiliki insurans sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dgn adanya bantuan kewangan dari insurans.

Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta drpd org lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri utk menyara anak2, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans dari sekarang?

Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada utk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yg mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.
Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yg mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?
Inilah hakikat kehidupan yg anda seringkali lupa dan mereka yg sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dlm media massa kerana bantuan sumbangan yg diterima tidaklah seberapa, sekadar cukup utk keperluan asas sahaja.

Kesimpulan:
Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda.
Memiliki insurans merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.

Bukan sahaja insurans dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.

0 Mengapa Perlu Takaful??

Mengapa anda perlukan takaful? 

Masyarakat kadang kala bertanya kepada saya - Mengapa mereka perlukan insuran, sedangkan kehidupan mereka sudah selesa? Mereka memiliki pekerjaan atau perniagaan yang sudah mampu untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarga dan usia mereka juga masih muda.
 

Dalam erti kata lain,mereka tidak yakin dgn konsep takaful, sedangkan kesihatan mereka masih baik dan mereka belum mahu mati lagi.

Kini, masyarakat sudah lama yakin dgn konsep insurans
 Ingin saya jelaskan disini, takaful hayat bukan takaful kematian. Membeli takaful bukan bermakna anda merancang utk mati tidak lama lagi!
 




Soalan 1 ; Aku nak tunggu dulu??
-> takpe...lelama mesti dia amik punya..tp nak tunggu sampai bila?? jgn sampai tua sbb premium dah tinggi, jgn sampai sakit, sbb dah tak ada co. insuran nak tanggung...amik la sementara masa muda, kuat bekerja.. :-D dan tahukah anda?.. bayaran sumbangan murah ketika masih muda dan sihat tidak akan meningkat sehingga kita berumur 80 tahun.

Soalan 2 ; Apa untungnya saya ambik insurans/takaful ni?
-> banyak untungnya salah satu anda secure future memang la future tak leh tau tapi kita bleh rancang dari sekarang... cuma anda kira berapa ruginya anda takder insuran andai kata masuk spital bil puluh puluh ribu .... cuba pk uncertainty of life .....????????


Soalan 3 ; Saya dah ada simpanan untuk anak2..
-> Bagus alhamdulillah ... bertuah anak2 anda ... tapi cuba anda pk sesorang bapa di serang stroke agak agak siapa nak simpan untuk anak2 dia yerk (bini ke...mungkin ...abis ubatan suami nak pakai duit mana yerk?)... lagi haru duit yg di simpan untuk anak2 itu di guna pakai ....uyoooooooooo makin ramai anak2 berhenti sekolah ... yg pandai tak dapat belajar ... isk isk isk ... itu datangnya keuntungan insuran/takaful yang akan menjamin simpanan anda disamping membiayai kos perubatan anda sekeluarga.


Soalan 4 ; Sori, saya tak minat insurans ni..
-> tang mana tak minat tu encik.... insuran/takaful bukan la sesuatu yg harus d minati atau sesuatu yg ada ada la tak der takderla ianya merupakan satu keperluan sekarang.... zaman dahulu kala mungkin kot tapi bukan zaman canggih ni ,.... kita harus berkembang dgn zaman ... tapi en, ada insuran kete tak? kalau ada kenapa yerk? rasa penting tak insuran kete tu bila kena langgar ke apa ker?

Soalan 5 ; Company saya dah cover medical..bla bla bla..
-> Sampai bila tu encik?sampai pencen?just an info ya ... andai kata semalan seorang perkeja tu kena kanser ... well dah tentu tak dapat perform keje ngan bagus kan sbb kena p rawatan la .. kena rehat laaa ..kena ambik MC la...so kerje tak perform .. kalau cik jadi boss cik buat apa dgn perkerja tu ? budak sekolah pun tahu jawapan ni.. kalo dah kena berenti, ingat2 senang tak carik keje?.. at least kalo ada insurans, dengan pampasan dan elaun2 apa semua.. encik boleh mulakan hidup baru dengan perniagaan.Amacam?

0 MENABUNGLAH DENGAN PRUCASH!!!!




Apa itu PRUCash?

PRUCash ialah polisi bertempoh yang boleh di beli untuk jangka masa 20 hingga 30 tahun,dalam gandaan 2 TAHUN dengan premium yang di bayar sepanjang tempoh polisi.Manfaat kehidupan sebanyak 6% daripada jumlah di insuranskan akan di bayar setiap 2 TAHUN untuk membekalkan aliran tunai kepada anda.

Anda boleh memilih untuk menerima manfaat kehidupan dalam bentuk wang tunai @ mengumpulkannya dan memperolehi faedah sepanjang tempoh polisi.Sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia,pewaris akan menerima jumlah yang diinsuranskan sepenuhnya serta bonus yang di sertakan dan tunai terkumpul tanpa mengira manfaat kehidupan yang sudah pun di bayar.

Jenis Bonus yang diterima

Selain daripada manfaat kehidupan, PRUDENTIAL juga membolehkan anda berkongsi keuntungan menerusi BONUS BERBALIK dan BONUS TERMINAL.Dua bonus tersebut diisytiharkan setiap tahun dan akan dibayar jika pemegang insurans meninggal dunia @ hilang upaya menyeluruh dan kekal ( HUMK ) apabila polisi matang @ apabila polisi di serahkan.

Jumlah yang akan dibayar
- apabila meninggal dunia @ polisi matang ( jumlah di insuranskan,bonus berbalik,bonus terminal dan sebarang tunai terkumpul dengan faedah akan di bayar.)
- hilang upaya menyeluruh dan kekal ( HUMK ) ( bayaran yang sama dengan manfaat kematian).
- apabila polisi di serahkan ( nilai tunai terjamin ,sebarang nilai tunai berbalik,bonus terminal,tunai terkumpul dengan faedah akan di bayar ).

Pelan ini sesuai untuk :
- mahukan satu pelan yang menggabungkan ciri2 simpanan dan perlindungan.
- menghargai kecairan kewangan dan ingin mendapatkan manfaat tunai tetap sambil menambah simpanan mereka.
- mahukan bayaran terjamin bagi jumlah diinsuranskan serta bonus untuk polisi insurans mereka.


Contoh pelan.
Female
Next Bithday 28 years old
Non Smoker

Term 30 years Payment Method :

Auto Debit Monthly Dengan menyimpan RM210 sebulan :-

1) Bonus every 2 years RM1,800 ( fixed mmg dpt tau) boleh digunakan utk ambil policy baru, gi holiday, simpan dalam ASB pun boleh atau ape-ape lah.

2) Kalau memang nak ambil bonus di atas savings after 30 years lebih kurang RM81K (based on 7% projected return)

3) Kalau tak nak bonus RM1,800 (simpan semula dlm prucash), savings lebih kurang RM142K. Menarik bukan? bukan itu sahaja... Sekiranya berlaku kematian, waris akan dapat RM60K + savings setakat simpan Sekiranya terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal, akaun prucash free selama 30 tahun (selagi policyholder hidup). Contoh, selepas 6 bulan simpan RM210 dalam plan prucash, miss A terkena heart attack, RM210 tak perlu bayar lagi sampai la tempoh policy tamat, savings kita jalan seperti biasa..

Menyimpan lah dengan Prucash untuk hari tua kita. Plan prucash ni sebagai alternatif untuk kita simpan duit selain mempunyai EPF akaun yang belum tentu cukup utk tampung hari tua kita.






 

PRUDENTIAL + PRUBSN TAKAFUL Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates